Tuesday, July 11, 2006

Keunikan Score A

Bila kita membicarakan tentang sesuatu produk atau barang niaga, elemen yang penting ialah keunikan dan kekuatan produk itu sendiri.

Hari ini, saya akan menceritakan tentang kekuatan dan keunikan produk Score A ini.

1. Soalan-soalan dihasilkan oleh guru-guru dari Sekolah Bistari dan juga dari pemeriksa kertas peperiksaan.

2.Testimonial-testimonial dari Persatuan Ibubapa Guru Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga negeri, sekolah-sekolah dan juga para pelajar; selama 3 tahun berturut-turut. Testimonial adalah amat penting bagi menguatkan dan memperkukuhkan sesuatu produk.

3.Ciri-ciri Score A. Lihat gambarajah di bawah.


a) ePast Year Exam


ePastYearExam membolehkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama iaitu UPSR , PMR dan SPM berlatih menggunakan kertas soalan tahun-tahun lepas sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Syarikat Edu-2U menerusi gabungan dengan Cerdik Publishing Sdn. Bhd. , yang mana syarikat ini telah diberikan hak ekslusif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencetak dan mengedarkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
Setiap kertas soalan disediakan dalam format yang sama seperti kertas soalan peperiksaan yang sebenar. Di sini para pelajar boleh memilih soalan samada menurut "Tahun" ataupun secara"Rawak" dan haruslah melengkapkan latihan dalam masa yang diperuntukkan. Ciri yang ekslusif dan berharga ini membolehkan pelajar melakukan latihan tanpa had. Justeru membantu dan membiasakan diri untuk bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A didalam peperiksaan yang sebenar.


b)eTopic


eTopic adalah satu modul latihan yang membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan pembelajaran output secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar disekolah.

Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah diajar disekolah pada hari tersebut secara langsung dapat megetahui samada mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari. Dengan ini dapat membantu mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan mereka supaya dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan.
Melalui eTopik juga, penandaan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan melakukan percubaan sebanyak empat kali pada setiap soalan. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta merta akan kesalahan tersebut. Ini akan 'memaksa' pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan yang ke 2 , ke 3 , atau ke 4 lalu menanamkan sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum menjawab.


Baiklah, cukup di sini dulu penerangan tentang keunikan Score A. Ada lagi keunikan Score A ini yang akan diceritakan esok, kalau panjang sangat jemu pula nak baca..

Nantikan esok.

PeAcE...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home