Thursday, July 13, 2006

Keunikan Score A Pt 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berjumpa lagi pada part yg kedua mengenai keunikan Score A. Sepatutnya posting ni di buat semalam, tapi di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa tunda sehingga ke hari ini. Minta maaf untuk hal itu.

Bagi mereka yang terlepas bahagian pertama, jangan risau, anda masih boleh view di sini.

c)eProgress


eProgress adalah carta pemantauan yang membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic. Ciri ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibu bapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic anak-anak mereka.
Ibu bapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibu bapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.Jadi secara tidak langsung, ibubapa boleh melihat dan mencari jalan apa yang harus dilakukan di atas kelemahan pelajar tadi.

d)eTrial Exam


Untuk memastikan bahawa anak anda betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan, modul eTrial Examâ„¢ direkabentuk sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR, PMR & SPM.
Modul ini akan membantu anak anda membiasakan diri dengan keadaan di mana mereka harus melengkapkan kerja mengikut masa yang diberi.
eTrial Examâ„¢ telah direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar dan para pelajar haruslah melengkapkannya sebelum diberi markah.Di mana pemarkahannya adalah serta merta.
Pendek kata, modul ini menjadikan para pelajar lebih yakin, bersedia dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Suka diingatkan di sini, soalan-soalan yang ada di dalam Program Score A ini bukanlah soalan ulang tayang. Jika setiap kali pelajar mengulangi latihan yang sama, contoh eTrial Exam, pelajar akan mendapat soalan yang berlainan. Dengan itu barulah prgram ini menjadi efektif dan berkesan.

Baiklah, cukup sahaja untuk 2 keunikan pada hari ni dan Insyaallah akan saya ceritakan kesemua keunikan Score A ini pada esok hari.

Jika ada apa-apa pertanyaan, anda bolehlah hubungi saya melalui email atau no telefon saya.

Sekian, terima kasih.

peAce!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home