Monday, October 09, 2006

Teknik Belajar 5R-STUV

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Topik yang akan dibincangkan pada hari ini saya ambil dari website salah seorang mentor saya iaitu En Fuad Latip. Sedikit mengenai beliau, merupakan Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan di sebuah IPTA. Beliau telah menerbitkan sebuah buku bertajuk '15 Teknik Efektif Internet Marketing' yang banyak terjual dan telah menjadi rujukan ramai internet marketeer. Beliau boleh dihubungi di website beliau iaitu http://www.myorionet.com dan juga http://www.scorea-online.com


"Di dalam proses pembelajaran, teknik belajar amat penting bagi menjamin kecemerlangan kita di dalam bidang akademik. Dengan teknik yang berkesan, ia dapat mengurangkan beban pembelajaran kita tetapi mampu untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Kali ini saya akan tunjukkan kepada semua adik-adik teknik-teknik yang terdapat di dalam proses pembelajaran. Tidak semestinya semua teknik ini sesuai untuk diri adik-adik. Juga, tidak semua teknik-teknik ini sesuai untuk setiap masa. Adik-adik boleh bertukar ke teknik yang lain mengikut kesesuaian diri adik-adik.

Teknik yang dimaksudkan adalah teknik belajar 5R-STUV. Apakah yang dimaksudkan dengan teknik belajar 5R-STUV?

5R terdiri daripada:

Recopy
Rework 5X
Recited out loud repeatedly
Recheck
Reasonnableness
STUV terdiri daripada:

Summarize
Test Yourself
Use
Visualize


Recopy
Recopy atau menyalin semula adalah satu teknik di mana adik-adik menyalin semula nota dan juga contoh-contoh soalan yang telah dibincangkan di dalam kelas. Jika buku dijadikan rujukan, adik-adik boleh menyalin bahagian-bahagian penting di dalam satu kertas A4 yang dilipat dua secara horizontal.

Semasa menyalin, pastikan membaca dahulu perenggan yang ingin disalin dan kemudian barulah mula menyalin. Salinlah mengikut satu perenggan ke satu perenggan.

Salin berulang kali dan setiap kali ulangan, gunakan dengan ayat sendiri. Dengan teknik ini, adik-adik akan mudah memahami topik yang disalin itu dan mampu untuk mengolahnya semula.

Rework 5X
Rework adalah teknik di mana adik-adik melakukan contoh soalan yang telah dibincangkan atau yang terdapat dalam buku rujukan berulang kali sebanyak 5 kali. Untuk kali pertama, lakukan satu persatu dengan melihat kembali contoh jawapan yang diberikan.

Kali kedua, cuba selesaikan soalan tanpa melihat contoh tersebut dan selesaikan dengan kefahaman sendiri dan jika tidak mampu melakukannya, buka buku semula.

Kali ketiga, cuba tanpa melihat buku dan setkan jam masa untuk mengukur kepantasan menjawab soalan.

Kali ke empat dan kelima, cuba lakukan sama seperti kali ketiga tetapi pastikan ada peningkatan dari segi kepantasan menjawab soalan.

Recited Out Loud Repeatedly
Recited Out Loud Repeatedly atau lafaz/baca semula berulang kali dengan kuat adalah teknik yang perlu dilakukan semasa menghafal. Pada mulanya, baca semula dengan melihat buku dan lafazkan dahulu dengan perlahan. Kemudian lafazkan dengan kuat sambil membaca buku. Seterusnya cuba membaca dengan kuat dan melihat buku sekejap-sekejap.

Lakukan sehingga adik-adik mampu untuk membaca dengan kuat tanpa melihat buku. Akhirnya, cuba baca kepada sesiapa dan gunakan ayat sendiri untuk memastikan adik-adik bukan sekadara boleh mengingati perkara yang dihafal tetapi memahaminya (kerana mampu menggunakan ayat sendiri)

Recheck
Recheck atau menyemak semula adalah satu teknik semasa membuat latihan. Adik-adik perlu menyemak semula berulang kali semasa menjawab soalan. Cara ini amat mudah dilakukan jika adik-adik tahu jawapan kepada soalan tersebut.

Dengan adanya jawapan, maka mudah untuk melakukan semakan jika jawapan yang diberi adalah salah. Selesaikan berulang kali soalan tersebut sehingga ia betul.

Jika adik-adik melanggan program scorea adik-adik tidak mempunyai masalah dari segi penyemakan semula kerana program scorea ini mempunyai sistem semakan semula secara automatik.

Reasonnableness
Reasonnableness atau jawapan berpatutan atau sebalik merupakan teknik pembelajaran yang memerlukan penganalisian dilakukan. Ini bermakna, adik-adik perlu membiasakan diri dengan melakukan soalan.

Dari sini soalan-soalan yang dilakukan, adik-adik akan mengenal pasti apakah jawapan yang logik, boleh diterima untuk memastikan jawapan yang diberi adalah betul.

Dengan program scorea, soalan-soalan dapat dilakukan dengan interaktif dan semakan dilakukan secara interaktif. Ini dapat memberikan peluang yang baik di dalam meningkatkan pelajara adik-adik.

Untuk teknik STUV, kita akan sambung di dalam artikel yang akan datang.

Saya juga akan menerangkan teknik pembelajaran yang dikenali sebagai PQ3R di artikel di masa akan datang.

Sertailah program scorea kerana ia dapat membantu teknik-teknik pembelajaran dilakukan dengan berkesan."

Layari http://www.ScoreA-ScoreRM.blogspot.com atau http://www.scorea.aridztech.com/?ref=juan untuk keterangan lanjut mengenai Program Score A ini.

Jumpa lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home