Thursday, August 10, 2006

Score A Programme adalah unik dan mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Score A memiliki kesan pemacu yang mendorong seseorang pelajar untuk terus menjawab soalan-soalan. Ini adalah kerana Score A Programme berciri interaktif dan pelajar mendapat maklumbalas terhadap pencapaian akademik mereka serta merta. Pelajar yang merasa tidak puashati dengan keputusan markah yang rendah terdorong atau tercabar untuk terus menjawab peperiksaan bermula dengan Set 1 manakala bagi pelajar yang hebat pula akan terus menjawab soalan yang semakin mendaki sehingga Set 3 untuk mencapai Score A.
Seterusnya pelajar boleh menguji keupayaan dan keyakinannya melalui peperiksaan percubaan (Trial Exam) dan peperiksaan tahun-tahun lepas (Past Year Exam) .

Inilah keunikan Score A Programme yang menekankan pembelajaran output. Pembelajaran output ini berkesan mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar antaranya tekanan dan takut peperiksaan dan menilai tahap kefahaman seseorang pelajar dalam sesuatu mata pelajaran yang diterimanya di sekolah-sekolah (pembelajaran input).

Kedua-dua bentuk pembelajaran input dan output perlu diimbangi bagi meningkatkan keyakinan seseorang menghadapi peperiksaan.

Kajian pakar Score A Programme telah mengenalpasti bahawa sekiranya seseorang pelajar menghadapi tekanan peperiksaan secara berterusan, kemungkinan timbul perasaan takut menghadapi peperiksaan terbentuk pada dirinya. Perasaan takut dan tekanan ini sukar dikesan dengan nyata dan kebiasaannya disembunyikan oleh pelajar. Maka ibubapa perlu mengambil pendekatan mengelak dari berlaku pada anak mereka.
Apa yang perlu dilakukan adalah ibubapa perlu membuat pemantauan secara berterusan dan pada sela masa yang kerap terhadap pencapaian akademik anak masing-masing. Sekiranya tidak dipantau dikhuatirkan kelemahan dan ketakutan ini menghilangkan minat anak itu untuk belajar.

Program ini membantu ibubapa meneliti pencapaian akademik anak dengan lebih terperinci. Ibubapa dapat memberi bantuan segera pada anak mereka sekiranya pembelajaran input perlu dimantapkan bagi sesuatu matapelajaran yang didapati lemah melalui guru-guru yang khusus untuk matapelajaran itu, sekiranya melalui Score A Programme ini memaparkan keputusan yang tidak meningkat.

Memantau pencapaian akademik bagi setiap matapelajaran adalah satu usaha yang memerlukan banyak masa dan data-data yang tepat. Pada masa dahulu sebelum wujudnya teknologi internet, streamyx dan telefon bimbit boleh dikatakan usaha ini hampir mustahil. Oleh itu Score A Programme mampu memenuhi keperluan ini dan membantu ibubapa memantau pencapaian akademik anak mereka secara berkesan dan professional.

Program ini mampu mengesan kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu matapelajaran melalui teknologi ICT. Ibubapa dapat melihat sendiri pencapaian akademik secara online dimana sahaja dan secara berterusan dan sekerap yang mungkin dan tiada alasan lagi bagi ibubapa yang sibuk tidak dapat memberi perhatian dan tumpuan terhadap pencapaian akademik anak-anak mereka. Pengabaian tanpa disengajakan ini perlu diatasi dengan pendekatan pembelajaran output iaitu Score A Programme yang menyediakan khidmat bantuan ini, malah lebih penting dari itu, program ini menimbulkan minat pada anak-anak untuk terus belajar yang mana kesan ini sangat positif kepada pelajar.

Disarankan terutamanya bagi anak-anak yang telah diketahui mempunyai minat mengguna komputer agar ibubapa mendedahkan cara belajar melalui Score A Programme. Bagi anak -anak yang belum pandai menggunakan komputer pula perlu diperkenalkan segera kepada mereka sebab zaman mereka adalah zaman teknologi ICT, elektronik dan komputer. Di mana-mana sahaja kebanyakan urusan kerja dan perhubungan dilakukan melalui komputer. Jangan biarkan anak kita ketinggalan sehingga anak kita menjadi mangsa kepada jurang digital (digital gap). Dengan sedikit kawalan dan nasihat berhubung penggunaan komputer dan internet anak kita dapat memahami dan mengawal diri mereka, tetapi itu dapat dilakukan semasa mereka masih bersama ibubapa.

Bagi ibubapa yang khuatir anak mereka melayari sesuatu laman web yang tidak berfaedah maka ibubapa boleh memberi pesan kepada anak mereka untuk belajar melalui Score A Programme jika anak berada di pusat-pusat siber. Dengan cara ini mendorong mereka meminati pelajaran sebagai satu usaha.

Sekiranya tuan/puan berminat mendaftarkan anak dalam program ini, sila hubungi saya melalui Email: m.herwan@gmail.com atau telefon 016-3261124.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home