Monday, October 09, 2006

Teknik Belajar 5R-STUV

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Topik yang akan dibincangkan pada hari ini saya ambil dari website salah seorang mentor saya iaitu En Fuad Latip. Sedikit mengenai beliau, merupakan Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan di sebuah IPTA. Beliau telah menerbitkan sebuah buku bertajuk '15 Teknik Efektif Internet Marketing' yang banyak terjual dan telah menjadi rujukan ramai internet marketeer. Beliau boleh dihubungi di website beliau iaitu http://www.myorionet.com dan juga http://www.scorea-online.com


"Di dalam proses pembelajaran, teknik belajar amat penting bagi menjamin kecemerlangan kita di dalam bidang akademik. Dengan teknik yang berkesan, ia dapat mengurangkan beban pembelajaran kita tetapi mampu untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Kali ini saya akan tunjukkan kepada semua adik-adik teknik-teknik yang terdapat di dalam proses pembelajaran. Tidak semestinya semua teknik ini sesuai untuk diri adik-adik. Juga, tidak semua teknik-teknik ini sesuai untuk setiap masa. Adik-adik boleh bertukar ke teknik yang lain mengikut kesesuaian diri adik-adik.

Teknik yang dimaksudkan adalah teknik belajar 5R-STUV. Apakah yang dimaksudkan dengan teknik belajar 5R-STUV?

5R terdiri daripada:

Recopy
Rework 5X
Recited out loud repeatedly
Recheck
Reasonnableness
STUV terdiri daripada:

Summarize
Test Yourself
Use
Visualize


Recopy
Recopy atau menyalin semula adalah satu teknik di mana adik-adik menyalin semula nota dan juga contoh-contoh soalan yang telah dibincangkan di dalam kelas. Jika buku dijadikan rujukan, adik-adik boleh menyalin bahagian-bahagian penting di dalam satu kertas A4 yang dilipat dua secara horizontal.

Semasa menyalin, pastikan membaca dahulu perenggan yang ingin disalin dan kemudian barulah mula menyalin. Salinlah mengikut satu perenggan ke satu perenggan.

Salin berulang kali dan setiap kali ulangan, gunakan dengan ayat sendiri. Dengan teknik ini, adik-adik akan mudah memahami topik yang disalin itu dan mampu untuk mengolahnya semula.

Rework 5X
Rework adalah teknik di mana adik-adik melakukan contoh soalan yang telah dibincangkan atau yang terdapat dalam buku rujukan berulang kali sebanyak 5 kali. Untuk kali pertama, lakukan satu persatu dengan melihat kembali contoh jawapan yang diberikan.

Kali kedua, cuba selesaikan soalan tanpa melihat contoh tersebut dan selesaikan dengan kefahaman sendiri dan jika tidak mampu melakukannya, buka buku semula.

Kali ketiga, cuba tanpa melihat buku dan setkan jam masa untuk mengukur kepantasan menjawab soalan.

Kali ke empat dan kelima, cuba lakukan sama seperti kali ketiga tetapi pastikan ada peningkatan dari segi kepantasan menjawab soalan.

Recited Out Loud Repeatedly
Recited Out Loud Repeatedly atau lafaz/baca semula berulang kali dengan kuat adalah teknik yang perlu dilakukan semasa menghafal. Pada mulanya, baca semula dengan melihat buku dan lafazkan dahulu dengan perlahan. Kemudian lafazkan dengan kuat sambil membaca buku. Seterusnya cuba membaca dengan kuat dan melihat buku sekejap-sekejap.

Lakukan sehingga adik-adik mampu untuk membaca dengan kuat tanpa melihat buku. Akhirnya, cuba baca kepada sesiapa dan gunakan ayat sendiri untuk memastikan adik-adik bukan sekadara boleh mengingati perkara yang dihafal tetapi memahaminya (kerana mampu menggunakan ayat sendiri)

Recheck
Recheck atau menyemak semula adalah satu teknik semasa membuat latihan. Adik-adik perlu menyemak semula berulang kali semasa menjawab soalan. Cara ini amat mudah dilakukan jika adik-adik tahu jawapan kepada soalan tersebut.

Dengan adanya jawapan, maka mudah untuk melakukan semakan jika jawapan yang diberi adalah salah. Selesaikan berulang kali soalan tersebut sehingga ia betul.

Jika adik-adik melanggan program scorea adik-adik tidak mempunyai masalah dari segi penyemakan semula kerana program scorea ini mempunyai sistem semakan semula secara automatik.

Reasonnableness
Reasonnableness atau jawapan berpatutan atau sebalik merupakan teknik pembelajaran yang memerlukan penganalisian dilakukan. Ini bermakna, adik-adik perlu membiasakan diri dengan melakukan soalan.

Dari sini soalan-soalan yang dilakukan, adik-adik akan mengenal pasti apakah jawapan yang logik, boleh diterima untuk memastikan jawapan yang diberi adalah betul.

Dengan program scorea, soalan-soalan dapat dilakukan dengan interaktif dan semakan dilakukan secara interaktif. Ini dapat memberikan peluang yang baik di dalam meningkatkan pelajara adik-adik.

Untuk teknik STUV, kita akan sambung di dalam artikel yang akan datang.

Saya juga akan menerangkan teknik pembelajaran yang dikenali sebagai PQ3R di artikel di masa akan datang.

Sertailah program scorea kerana ia dapat membantu teknik-teknik pembelajaran dilakukan dengan berkesan."

Layari http://www.ScoreA-ScoreRM.blogspot.com atau http://www.scorea.aridztech.com/?ref=juan untuk keterangan lanjut mengenai Program Score A ini.

Jumpa lagi.

Thursday, October 05, 2006

Artikel berkenaan Score A

Assalamualaikum semua,

Artikel ni saya petik dari http://www.scorea.aridztech.com/?ref=juan .
Ia adalah sebuah webiste berkenaan Score A oleh upline saya.

Apakah sebenarnya program Score A?

Program Score A adalah satu program pendidikan yang menggunakan sistem internet dan juga sistem mesej ringkas ataupun sms. Program ini melibatkan tiga buah pihak iaitu portal pendidikan berdasarkan sukatan pelajaran Malaysia, pelajar dan juga ibubapa. Daripada segi cara pembelajaran, kaedah yang diterapkan di dalam pembelajaran Score A adalah sistem pembelajaran output. Sistem pembelajaran output bermaksud pembelajaran secara aplikasi iaitu penggunaan ilmu pengetahuan yang didapati daripada sistem pembelajaran input. Sistem pembelajaran input ialah satu sistem penerimaan ilmu seperti di sekolah dan juga pusat tuisyen. Score A boleh difahami dengan lebih mudah apabila dianggap sebagai sistem latih tubi menjawab soalan dengan menggunakan teknologi maklumat sebagai perantaraannya. Segala keputusan akan disemak secara elektronik dan panduan diberikan kepada pelajar agar memahami jawapan yang betul setelah percubaan menjawab soalan dibuat. Program Score A juga telah mula menerapkan pembelajaran input dengan konsep "e-notes" yang amat berguna khususnya kepada pelajar -pelajar yang tidak menghadiri persekolahan di Malaysia contohnya pelajar yang berada di luar negara.


Ibubapa pula akan dihubungi dengan sistem SMS agar dikemaskini dengan pencapaian anak -anak secara mudah, cepat dan tepat. Kad laporan disediakan secara elektronik dan ibubapa boleh mengawasi mutu pembelajaran anak -anak mereka dari masa ke semasa dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak -anak tersebut. Setiap soalan yang dijawab dan juga setiap percubaan yang dilakukan akan direkodkan agar dapat memberi gambaran sebenar pembelajaran anak -anak. Ibu bapa secara mudahnya dapat melihat rekod pencapaian anak- anak di mana sahaja dengan kemudah internet. Adalah menjadi kerisauan terhadap sikap ibubapa apabila mereka meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk mendidik anak mereka menjadi cemerlang. Ada sesetengah ibubapa yang terlalu bersangka baik terhadap tahap akademik anak mereka tetapi jangkaan mereka meleset apabila menerima kad laporan akademik daripada pihak sekolah. Kad laporan yang diterima dari pihak sekolah hanya di pertengahan tahun dan akhir tahun kadangkala sudah terlewat bagi ibubapa untuk membetulkan keadaan. Program Score A menjadi penyelesaian kepada masalah berkenaan.


Program Score A telah diasaskan pada tahun 1999 dan menghadapi era penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama 3 tahun. Score A memberikan fokus kepada pembelajaran daripada tingkatan satu sehingga tingkatan tiga kerana pendidikan secara online lebih menepati konsep jawapan objektif yang dipraktikkan di dalam sistem peperiksaan utama di Malaysia terutamanya UPSR dan PMR. Score A adalah merupakan sistem pembelajaran online yang seiring dengan teknologi dunia tanpa sempadan dan merealisasikan aspirasi kerajaan bahawa "satu rumah satu komputer" yang menyedarkan faedahnya kepada masyarakat. Program Score A telah melengkapkan sistem pembelajaran di Malaysia dengan kaedah pembelajaran online yang sudah diterapkan di negara - negara maju sebelum ini.


Pada tahun 2002, Score A telah menlancarkan sistem pembelajarannya di sekolah -sekolah bistari di Malaysia. Sebanyak 14 sekolah-sekolah bistari telah dipilih di seluruh negara untuk menggunakan Score A. Score A telah diberikan secara percuma kepada sekolah - sekolah ini diatas tujuan menguji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan sebagai hasil pulangannya,pihak score A mendapat hak mengumpulkan kertas - kertas soalan peperiksaan daripada sekolah - sekolah ini untuk digunakan di dalam sistemnya. Program Score A juga mendapat hak untuk mengumpul kertas- kertas soalan UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Hasil daripada percubaan sistem ke atas sekolah bistari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93 % pelajar - pelajar yang menggunakanya telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.


Contoh yang terbaik ialah kejayaan seorang pelajar yang bernama Kok Chin Chung. Pelajar ini adalah merupakan pelajar yang sangat lemah dengan terbuktinya beliau gagal beberapa kertas peperiksaan. Beliau juga menduduki kelompok yang paling bawah ketika di tingkatan satu .Namun begitu, kehadirannya adalah amat cemerlang sekali. Ketika di tingkatan dua, ibubapa beliau telah melanggani program Score A dan beliau menunjukkan kemajuan yang amat memberangsangkan. Semasa di tingkatan tiga, beliau sudahpun menjadi pelajar terbaik di dalam kelasnya dan berjaya memperolehi keputusan yang baik didalam peperiksaannya. Hasil daripada usahanya bersama Score A, beliau telah berjaya mendapat 8A di dalam peperiksaan PMR. Kejayaan Kok Chin Chung adalah salah satu bukti keberkesanan program Score A terhadap pelajar-pelajar di Malaysia.


Score A telah dipasarkan sejak dilancarkan pada tahun 2002 diperingkat permulaan tetapi secara kecil-kecilan kerana pada masa yang sama Score A juga diperingkat ujian. Akhirnya pada tahun 2006, Score telah dipasarkan secara meluas setelah mendapat keputusan yang amat cemerlang di dalam tempoh ujikajinya. Pada Mac 2006, Score A telah dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein. Pihak kerajan telah mengiktiraf Program Score A sebagai salah satu wadah di dalam meningkatkan taraf pendidikan pelajar- pelajar di Malaysia.


Pada bulan April 2006, Score A telah memulakan konsep jaringan pemasaran agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang begitu hebat kepada anak - anak mereka. Di samping itu, Score A juga memberi ruang ke arah penigkatan ekonomi dengan memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas untuk menyertai program pemasaran Score A. Sampaikanlah kebaikan dan kepentingan Program Score A demi agama, bangsa dan negara!


Artikel hakcipta aridztech.com